Copyright © Taroff Urus Sdn. Bhd.
All rights reserved

MY MAIL

 

Selamat Datang Ke Laman Web The Woods Resort


The Woods Resort

 

Terletak kira-kira 28 kilometer dari pusat bandar, The Woods Resort yang diurus oleh Taroff Urus Sdn. Bhd. terletak di kawasan rekreasi terkenal Ulu Yam. Ia merupakan tempat yang amat sesuai untuk mereka yang ingin mencari kedamaian dan ketenteraman terutama bagi warga kota yang ingin mencari ketenangan dari kesibukan kota yang tiada hentinya.

 

Lokasi The Woods Resort yang terletak di dalam suasana alam semulajadi yang terpelihara keasliannya menjanjikan pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan oleh sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki disini.
 

 

Bagi mereka yang tidak puas menikmati suasana yang nyaman dan tenteram, The Woods Resort juga menyediakan kemudahan chalet dan tapak perkemahan untuk kemudahan bermalam disamping kemudahan-kemudahan asas yang lain seperti surau dan tandas awam.

 

Bagi mereka yang gemarkan aktiviti mencabar, kemudahan-kemudahan untuk aktiviti seperti Paintball, Abseiling, Repelling, Flying Fox, River Crossing, Jungle Tracking, Night Walk dan sebagainya juga ada disediakan.

 

Untuk mereka yang hanya ingin bersantai, kemudahan dan tempat untuk aktiviti mandi-manda, berenang, barbeku, karaoke dan memancing sememangnya telah tersedia.

 

Kemudahan-kemudahan seperti dewan, padang, PA system dan sebagainya juga disediakan bagi mereka yang ingin mengadakan aktiviti berkumpulan seperti Hari Keluarga, Team Building, Sukaneka, Seminar, Kem Motivasi, Corporate Function dan sebagainya. Malahan The Woods Resort juga sedia menerima tempahan untuk Majlis Perkahwinan.
 

 

Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan-kemudahan yang kami sediakan, sila rujuk pautan kemudahan kami.

 

 

Sertai kami di facebook :

 

© COPYRIGHT ALL RIGHTS RESERVED THEWOODSRESORT.COM